Kini sangat jarang saya menggunakan bahasa Korea. Hal ini kerana saya telah bertukar pekerjaan dan berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Sesekali apabila merindui bahasa Korea saya akan menonton filem Korea di saluran TVN Movies. Terimbau impian silam. Alhamdulilah. Saya merasakan mahu berkongsi ilmu ini dengan sesiapa saja yang berminat mempelajarinya. Siapa mahu?
Wednesday, 18 October 2017
Bahasa asing
Kini sangat jarang saya menggunakan bahasa Korea. Hal ini kerana saya telah bertukar pekerjaan dan berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Sesekali apabila merindui bahasa Korea saya akan menonton filem Korea di saluran TVN Movies. Terimbau impian silam. Alhamdulilah. Saya merasakan mahu berkongsi ilmu ini dengan sesiapa saja yang berminat mempelajarinya. Siapa mahu?
Friday, 8 September 2017
Cinta sejati tak pernah berpaling
"Dulu kita berjanji untuk bersama-sama merentas liku
Tapi janji tercapati akhirnya ditinggalkan aku
Entah salah siapa kepala buntu
Coretan tinta elektronik tak berjawab kaku
Tahu-tahu keputusannya sudah terpaku
Cerita cinta bukan puisi aku"
.
.
Rintihan sayu nan berlapik apabila kecewa dengan sikap kawan seperjuangan suatu ketika dahulu. Saya titipkan puisi pendek ini di fb. Kini.. saya sedar fb bukan tempatnya. Allah yang satu tempat mengadu. Jom solat!
Saya pernah memanjatkan doa agar Allah menjauhi saya daripada kawan-kawan yang menjauhkan saya daripada mendekatiNya. Saya menelah mungkin inilah hikmah yang tersirat. Pedih untuk dihadapi tetapi itulah yang terbaik. Maha suci Allah, segala puji bagi Allah.
Friday, 25 August 2017
Seronoknya Mengaji
Wednesday, 23 August 2017
Dengki?
Kenapa perlu berhasad dengki dengan nikmat yang diperolehi orang lain? Saya fikir tak perlu semua itu.
Sebab...
Tuhan kita kan sama. Hanya satu! Dia maha pengasih, maha penyayang. Kalau kita rasa mak kitalah yang paling sayang kita. Sayang Allah lebih lagi daripasa itu. Maka mohonlah apa saja dengan Allah. Dia kan maha mendengar. Merayulah apa sahaja yang terbuku di hati!
Kalau merasa tidak disayangi sesama manusia tidak mengapa, kejarlah kasih sayang Allah. Pasti tidak mengecewakan dan insyaAllah berbalas.
Sunday, 13 August 2017
Empat A!!
Monday, 31 July 2017
Masjid Jenan
Persediaan
Mengenang blog lama lantas hati merintih. Duhai tuhanku.. terima kasih kerana mengurniakan nikmat tidak terhitung. Mudah-mudahan ada ilmu yang bermanfaat dalam fasa baru ini. Insya Allah...
