Syukur ya Allah ya Mujib mengabulkan doa saya untuk menjadi tetamu Allah di bulan Rejab lepas. Jemputan datang melalui mak yang beria-ia mahu membawa kami ke sana. Mak memperlawa saya dan suami untuk ke sana dengan dibiayai wang simpanannya. Kami memang tidak cukup dana untuk ke sana. Duit simpanan tidak mencecah tujuh ribu ringgit. Saya amat teruja. Mak menjanjikan biayaan duit tersebut adalah hadiah sebagai tanda kasih sayangnya.
Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal saya bergegas ke agensi yang menyediakan pakej umrah untuk pendaftaran. Masih berbaki tiga bulan untuk saya membuat persediaan sebelum bergelar sebagai tetamu Allah. Inilah nikmat dalam musibah. Namun apabila terkenangkan dosa lampau perasaan terbeban. Saya bulatkan hati mahu mencari redha Allah walau apa jua yang datang sebagai cabaran.
Saya dan suami menyiapkan kelengkapan secara sederhana dan mengikut kemampuan saja. Hari berlepas ke Madinah adalah hari yang paling mengujakan. Anak-anak dijaga oleh makcik pengasuh kemudian diikuti oleh ibu mertua dan nenek mertua. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Mengikut pengamatan saya Madinah adalah sebuah kota yang tenang dan penuh sejarah penting bagi umat Islam. Lebih sayu melihat kubah hijau di Masjid Nabawi. Tidak jauh di sana kelihatan perkuburan Baqi'. Impian tempat pengabdian jasad ini dan dibangunkan kelak bersama junjungan Nabi Muhammad SAW. Turut mengujakan apabila mendapat khabar bahawa jasad Saidina Umar al-Khattab dan Saidini Uthman bin Affan juga disemadikan di sana. Dua tokoh Islam ini menjadi perhatian saya selepas kedudukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Saya percaya kononnya saya juga memiliki dna ketegasan yang diwarisi daripada Saidina Umar. Pintu 16 yang sering dilalui di Masjid Nabawi dinamakan sempena nama beliau. Saya teruja! Memori indah di Madinah bersama mak, kak Nen dan adik.
Aktiviti ibadah di bumi Mekah menuntut perjuangan kekuatan fizikal dan mental. Emosi tercedera ketika di hari-hari akhir di sana. Sememangnya hati saya hancur luluh dengan kata-kata yang lebih tajam daripada mata pedang. Fitnah! Saya terlalu kecewa di atas pelbagai faktor kepada si penabur fitnah dan si batu api. Mana mungkin di tanah suci tergamak menyuntik kata-kata racun yang bisa membunuh hati. Saya dan suami difitnah berniat jahat untuk menghabiskan harta. Allah ya Allah.. berat dugaan itu. Mungkin Allah mahukan saya bertekad untuk bergantung semata-mata hanya kepadaNya. Hanya Allah sahaja yang selayaknya berada di kedudukan paling atas di dalam hidup saya dan di dalam hati saya.
Duhai Allah..
daku memohon kesembuhan di atas bencana tubuh yang dikurniakan, daku memohon keredhaan usia dariMu dan ampunilah seluruhnya dosa-dosaku ya Allah ya Ghaffar.

No comments:
Post a Comment